The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Hujan
Tuesday, August 10, 2010
Kau jadikan
Aku pentafsirmu, hujan
Setelah memenjarakan
Inderaku
Pada jasad dan ruang bilik ini.

Di luar cucur atap
Segalanya tertakluk padamu
Kau penjaga alam yang cemburu
Yang memecah batu-batu di bukit
Atau kulit siput di pantai,
Yang menyemak sawah pada musim menanam
Dan membersih parit-parit sungai.

Kau adalah kawan dan musuh sekaligus,
Membaharui aku dengan udaramu
Yang menampar jasadku
Dan juga dengan tarai titismu
Memotong ruang dariku.

Kau datang
Pada muka air atau hujan,
Berulang-alik
Dengan kuasamu.
Kau datang padaku,
Setiap kali
Memaksa aku mentafsirmu.

←newer post
older post→