The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Sebuah Ingatan
Tuesday, August 10, 2010
Dari nafas rasaku, kau tahu
Yang bernama engkau
Adalah aku
Adalah sedu-sedan haru-terharu.

Dalam berlayar,
Di depan laut ganas-menhempas pulas
Dalam kembara
Api bengis menyala gila
Ketika berjalan
Tiada hujan-panas menyelinap badan.

Kerana kau adalah aku
Pohon-pohon yang kekeringan daun
Bunga-bunga yang kehancuran warna
Danau dan tasik yang mati
Dan jika seekor burung
Burung yang kepatahan sayap
Mata basah
Rayap merayap.

Hari ini kutinggalkan engkau
Kesedihan kubawa pergi
Di muka pintumu kutanam hati berani

←newer post
older post→