The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Alhamdulillah...
Tuesday, May 17, 2011
Hari ini aku mengambil kisah hati aku yang dah lama aku tinggalkan. Aku baru sedar aku ini makhluk Allah dan mempunyai tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Membaca blog seorang sahabat membuatkan aku tertarik untuk menulis entry ini hari ini.
Aku mengingatkan diri aku dan juga sesiapa yang membaca blog ini supaya tidak leka dengan dunia ini, dunia yang sekadar tempat persinggahan kita sebelum kita bertemu dengan pencipta yang maha Esa. Tetapi hakikat itu tidak pernah wujud di dalam kamus hidup kita kerana syaitan tak pernah berputus asa. Aku menjadi contoh terbaik untuk diriku dan anda adalah contoh terbaik untuk diri anda. Aku pernah terlupa siapa aku walaupun aku masih muda, dan kerana rahmat Allah, aku telah sedar. Syukur namun masih banyak orang seperti aku yang dulu berada di dalam dunia ini.
Aku berharap aku pada hari ini akan berkekalan menjadi aku pada masa hadapan.
Aku berlindung dengan perlindungan Allah supaya tidak terkeluar dari landasan aku.
Semoga Allah merahmati sesiapa yang menyedarkan aku tentang aku.

←newer post
older post→