The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Hari Ini.
Thursday, May 19, 2011
Hari ini,
Aku telah disedarkan,
Diberi pilihan,
Yang aku sendiri tak mampu memilih.

Hari ini,
Aku tanya diri aku,
Apa yang aku dah lakukan
Sehingga mereka memalingkan muka?
Sehingga tiada sanggup bersuara?
Apa,mengapa?

Hari ini,
Aku bertanya lagi,
Apa caranya
Untuk membetulkan kesilapan ini
Bagaimana
Untuk memohon kemaafan tanpa
Aku disakiti lagi?

Hari ini,
Aku mengaku
Aku, seorang manusia
Sangat takut dimarahi,
Takut dilukai
Takut melukai
Tapi tanpa sedar
Itulah makanan jiwaku
Setiap hari.

Hari ini,
Aku tertanya lagi
Dengan persoalan kelmarin
Mahukah mereka memaafkan aku?
Atau terus dingin selepas ini?
Atau melihat maafku
Sebagai satu pura-pura?

Hari ini,
Aku inginkan bukti,
Mereka tidak membenciku,
Seperti sangkaanku,
Tapi bukan semua yang aku pinta
Mampu aku terima.

Hari ini,
Aku bertanya kepada Tuhan
Ya Allah,
Mengapa ini nasib takdirku?
Kenapa aku?
Mengapa aku tidak boleh hidup
Aman dan sebahagia mereka
Mempunyai kebolehan komunikasi
Yang amat baik,
Mempunyai hati yang suci?

Hari ini,
Aku memohon kepada Tuhanku,
Ya Allah,
Kau ringankanlah
Dugaan-Mu ini,
Aku ini,
Hanya manusia yang lemah,
Tak berdaya untuk melawan arus

Hari ini,
Aku berterima kasih
Kepada Tuhanku,
Ya Allah,
Terima kasih kerana
Memberi masalah kepadaku
Yang mendidik aku
Menjadi hamba-Mu
Yang masih belajar
Untuk mengenal
Tuhannya.

←newer post
older post→