The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Bila Malam...Aku Mengerti...
Saturday, June 18, 2011
Menulis pada pukul 2-4 pagi macam ni...
Oleh sebab tak boleh tidur, kita merisik khabar sedikit.
Seminggu di asrama sebagai permulaan semula hidup memberi seribu makna dan harapan kepada aku.
Memulakan hidup baru bukan mudah, tak sesenang percakapan manusia.
Di sini pun ditabur pertanyaan yang sama, setiap hari, setiap saat, setiap detik.
"Kenapa masuk balik asrama?", "Kenapa keluar asrama?", "Kenapa keluar dari rumah Lily?"
"Sebab saya rindukan asrama.","Sebab saya nak pergi tusyen luar.","Sebab saya seronok masuk keluar asrama."

Maaflah sebab tak dapat beri jawapan yang aku sendiri tak boleh jawab.
Bukan sebab menipu atau mengelak, tapi terpaksa.
Anggaplah itu sebagai jawapannya, sebab aku tak akan jawab lebih dari itu.
Aku rasa semua orang boleh meramalkan sendiri jawapannya sama seperti aku.
Tidak meletakkan kesalahan pada sesiapa tetapi pada aku sendiri.
Aku yang gagal merancang diri sendiri, gagal mengenal diri sendiri.
Jadi kini aku menulis di sini untuk mengingati diri ini yang sentiasa ditipu oleh pemikiran aku yang sakit.
Tempoh masa yang diberikan sudah tamat tapi aku masih gagal untuk sembuh dari penyakit hati.
Ini adalah implikasi dari menjadi seorang 'perfectionist', menghadapi masalah 'personality disorder'.
Jadi aku nekad untuk teruskan apa yang dah aku mulakan sehingga tamat seperti yang aku impikan.
Kerana ini adalah aku dan aku tak akan berubah demi ombak yang kecil tak betah merubah pantai.
Aku sudah serik disepak, diterajang oleh masalah komunikasi dengan manusia lain yang normal.
Dan luka aku tak pernah sembuh sebab masih ada serpihan kaca di dalamnya.
Hanya air mata dan doa yang mengiringi kesakitan aku.
Tapi sekarang air mati sudah kering, tiada lagi sisa-sisanya untuk aku tangisi.
Jadi, aku tak akan menangis sebelum aku benar-benar sakit.
Lama hanyalah hitungan masa.
Tataplah ini untuk yang terakhirnya kerana aku tak akan melakukan apa yang aku sedang buat sekarang.
Aku tak akan mengulang cakap untuk kedua kali.

Kepada sesiapa yang ingin menasihati aku atau memarahi atau membenci aku atau ingin menyalahkan aku sekalipun, silalah lakukannya kerana aku percaya Tuhan sentiasa menunjukkan kebenaran seperti yang mak beritahu untuk menenangkan hati aku sewaktu aku hampir mati dulu.
Tetapi sebelum itu, silalah nasihat, marah, benci dan salahkan diri anda dahulu.
Aku akan betulkan diri aku jika itu sebetulnya kesalahan aku dan aku menyedarinya.
Aku kendurkan ego aku tapi anda? apa yang anda buat?
Ya, memang aku sakit hati, sakit hati dan benci tersangat dengan anda.
Pernah anda tanya aku kenapa?
Tapi sudah terlambat untuk itu.
Tapi aku sedar kesalahan aku dan aku pohon kemaafan.
Dan anda terus menerus meletakkan kesalahan ke atas aku?
Baiklah, teruskanlah sehingga puas hati. Aku tak akan bergerak dari tempat aku.
Balinglah segala tomahan kepada aku. Teruskan marahmu sehingga ke tahap tiada marah lagi.
Memang aku yang memutuskan segala hubungan supaya anda tidak memutuskan nadiku nanti.
Aku ingat akan berakhir di sini tapi sudah mencapai tahap yang hampir akhir.
Kamu yang sempurna, aku yang bersalah.
Aku yang tak mengerti, aku yang buta hati.
Ketawalah sepuas hati kepada aku yang bongkak ini.
Lagi baguskan jika aku sentiasa sakit hati dan makan hati?Itu yang terbaik buat aku.
Tak perlu anda mengerti apa yang aku rasai.Teruskanlah.
Dengan itu baru aku mengerti sakit hati anda, amarah anda kan?
Memang padanlah dengan mukaku yang tak tahu malu ini kan?
Teruskanlah berbohong kepada diri sendiri.
Namun ingatlah apa yang telah diajar kepada anda selama ini.
Jangan sampai anda kesal di kemudian hari.

Walaupun anda mencemuh aku kerana kesalahan aku tempoh hari, membenci dan meninggalkan aku,
aku masih mempunyai Tuhan sebagai sahabat sejati aku yang tak pernah penat atau mengeluh mendengar rintihan hati manusia dan sentiasa adil menghakimi hamba-Nya.
Aku berterima kasih kepada anda kerana telah mengajar aku tentang masalah diri aku, mengenai diri anda, mengenal Tuhan dan manusia.Terima kasih juga kerana telah sudi bersahabat dengan aku walaupun hanya secebis masa. Aku akan sentiasa menghargainya bagai permata walaupun anda telah membakarnya dengan marah.
Dan aku tidak berbohong dan memerli mengenai itu.
Aku tak mungkin berani lagi untuk bercakap dengan manusia jadi aku berhenti di sini.

Tiada manusia yang tiada ego, tiada manusia yang sentiasa betul.
Orang sentiasa mahu dirinya difahami, sentiasa ingin dihormati.
Jadi aku sentiasa memaksa diri aku memahami manusia, melawan diri aku yang tak pernah bersetuju.
Namun itu sudah mencapai tahap yang aku sendiri tidak boleh membatasinya.
Tapi adakah orang yang cuba memahahami aku?
Mengetahui kepayahan mengubah diri aku yang tidak suka bercakap, mempunyai masalah berkomunikasi dan tidak berkisah tentang cerita yang kosong kepada seorang yang peramah, banyak bercakap dan suka mengambil tahu perkara yang remeh?
Namun begitu, hati aku tetap aku kisahkan.
Sayang aku tak pernah aku tunjukkan kerana aku tetap siramnya setiap hari dengan kepercayaan agar tumbuh dengan subur walaupun aku tahu, suatu hari nanti dia akan mati dibunuh benci.
Maaflah kerana cara aku menyayangi insan yang aku kasihi ini amat pelik tapi inilah aku.
Aku sentiasa mengelak dari menjadi seorang yang tampak senang kerana aku takut disakiti tapi akhirnya aku sendiri terbunuh oleh keadaan.
Aku sentiasa percaya kepada janji-janji walaupun aku tahu yang aku bakal dimungkiri.
Aku tahu kawan ketawa seribu, kawan menangis hanyalah diri dan Tuhanku.
Jadi aku akan ketawa sepuasnya agar nanti aku boleh menangis sendiri, menangis di atas kebodohan diri.
Mungkin aku bodoh, tak sempuna segalanya tapi aku masih ada hati.
Aku tak boleh memahami seperti manusia lain, tak boleh berinteraksi dan berfikir sewaras manusia lain.
Ini kerana aku adalah manusia biasa.

Kini dalam proses pembaikpulihan, dan insomnia mula menyerang!
Jarak hari ini dari SPM dirasakan cuma seminggu sahaja tapi aku hanya memandang dengan mata yang kosong ke arah sahabat yang mentelaah dan menggeleng kesal kepada sahabat dan junior yang masih leka dengan usikan-usikan keseronokan.
Bukan mengatakan diri aku sempurna tapi sebagai seorang manusia yang serba kekurangan, aku sedih bila diri tidak boleh menjadi berjaya seperti orang lain dan berharap orang di sekeliling aku tidak menjadi seperti aku.
Namun orang lain menganggapnya sebagai sombong, berlagak dengan pencapaian diri.
Aku hanya mendongak ke langit, menelan sakit di hati.

Semasa waktu prep tadi, aku bersembang dengan sahabat yang sudi bercerita dengan aku tentang kerisauannya mengenai kejayaan di kemudian hari.
Bagus juga dapat bercerita skali sekala, namun bukan cerita yang kosng, membuka minda aku berfikir seketika tentang lumrah manusia yang berusaha dalam hidupnya.
Aku menyuarakan pendapat aku tentang manusia kepadanya.

Walaupun seseorang itu berjaya, dia tetap dicemuh oleh orang lain kerana kejayaannya.
Jika dia gagal, dia masih dicemuh kerana kegagalannya.
Itu lumrah insan bernama manusia.
Allah tidak pernah memilih kasih terhadap umatnya.
Peluang diberi sama adil kepada kita cuma kita selalu memandang enteng.
Namun Allah maha penyayang dan penyabar.
Tetap ada peluang kedua untuk dicuba agar kegagalan pertama tidak diulang.
Namun insan yang bernama manusia tidak langsung memperdulikan ihsan Tuhannya yang adil.
Tiada istilah 'pilih yang terbaik, selepas ini tiada lagi peluang seperti ini'.
Itu satu penipuan dunia kerana aku percaya setiap manusia sentiasa diberi peluang untuk belajar tentang hidup, tentang dirinya.
Tuhan itu maha pemurah lagi maha penyayang.
Peluang sentiasa datang mencurah, hanya menanti kita mengautnya.
Jika gagal sekarang, tak bererti gagal selamanya.
Berjaya sekarang, tak bererti berjaya selamanya.
Mungkin gagal sekarang tapi berjaya di hari kemudian.
Mungkin juga berjaya sekarang tapi tersungkur di hari kemudian.
Menangislah sekarang sebelum ketawa di hari kemudian.

Kejayaan bukan bergantung kepada orang lain tapi pada diri sendiri.
Jika diri mahu berjaya, gunung yang tinngi pun boleh didaki.
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan.
Aku sendiri pun masih meningkatkan usaha aku.
Aku sedang bercakap tentang masa depan jika kiamat masih belum menjelang.
Masa depan bukan seperti masa lampau.
Akan dipenuhi dengan cabaran yang dahulunya dianggap jenaka, bahan ketawa masa silau.
Akan dipenuhi halangan yang kita tak terfikir pun sekarang.
Tuhan mencipta dunia agar penghuninya berfikir mengenai Penciptanya, bukan sebagai sandaran untuk sombong atau bongkak.

Orang sentiasa memandang serong kepada aku yang mengagungkan negara asing seperti Jepun dan Korea.
Bukan aku memandang rendah negara aku, bukan juga kerana penduduk di sana yang menawan dan cantik.
Tapi kerana kegigihan mereka membangunkan negara mereka.
Bukan negaraku tidak berusaha untuk maju, tetapi kita kekurangan modal pembangunan.
Bukan berlagak pandai, tetapi aku adalah rakyat Malaysia yang layak memberi pendapat.
Aku adalah generasi muda yang bakal mentadbir negara ini kelak.
Oleh itu, wahai pemimpin sekarang, silalah mentadbir dan merancang dengan strategik pembangunan negara sementara menanti kami dewasa.
Namun adakah pemimpin mendengar hasrat aku ini?
Mungkin hanya mimpi di siang hari.
Parti politik bertelagah setiap hari, setiap jam, setiap saat.
Mungkin ada keuntungan bagi mereka tapi kami?
Adakah secebis kelebihan untuk kami?
Mungkin hanya secarik sakit hati setiap kali melihat telagah yang tak pernah berhenti.
Tetapi di negara luar, pemimpinnya bersatu memajukan negara.
Tidak mencampur-adukkan perihal dalaman dengan pembangunan.
Jika pemimpin kencing berdiri, maka rakyatnya akan kencing berlari.
Jika tuan pernah berdagang ke seberang, pernahkah tuan melihat rakyat di sana merempat di tepi jalan?
Baiklah,lihat pada sudut positifnya.
Masih banyak yang perlu kita baiki sebelum kita mengagungkan diri.

Inilah akibatnya dari insomnia.
Banyak merapu dari memberi.
Tapi aku sudah lama menyimpan ini.
Jadi terluah setakat ini sahaja dahulu.
Yang aku pinta hanyalah cuba anda memahami aku walaupun secebis, menghormati aku walaupun secarik dan tidak memaksa aku walaupun terdesak.
Hanya itu yang aku minta, tiada yang lain.
Walaupun tiada kantuk yang perlu dilayan, aku perlu menghormati diri aku yang sudah penat untuk seharian ini.

←newer post
older post→