The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Happy...Happy...Happy...
Friday, June 24, 2011
Happy?Gembira?Seronok?
Itu yang aku rasa hari ini ketika melihat keputusan peperiksaan pertengahan aku.
Alhamdulillah, walaupun tak sebaik yang aku jangkakan, tetapi aku bangga sebab akhirnya aku telah menempatkan aku di dalam  ranking 'Top 10' dalam kelas aku.
Semua yang menjadi target telah berjaya aku tewaskan dan berada di bawah aku. Azam tercapai.
Sudah lama aku menantikan hari begini dan hari itu bakal menjelang nanti.
Aku akan tunjukkan yang perbuatan anda itu adalah sesuatu yang teruk sekali.
Bukan aku bangga mengatakannya tetapi terharu kerana penat yang tak penat aku telah terbayar.
Bayangkan diri anda menghadapi musibah di dalam kesusahan dan anda berjaya mengharunginya, apa perasaan anda?
Sudah tentu amat bangga dan lega bukan?
Itulah yang aku rasakan sekarang.
Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi bijaksana.Dia juga maha besar,maha mendengar dan maha mengetahui.
Menghadapi peperiksaan penting semasa aku mengalami depresi yang tinggi dan aku berjaya dalam peperiksaan, aku dah buktikan yang aku bukanlah seorang yang suka mencampurkan urusan peribadi dan kerja.
Aku juga berharap itu pada masa hadapan.
Cuma aku sedikit kecewa kerana gagal berada di dalam ranking 'Top 5'.
Walaupun sedikit, tapi ia masih satu kegagalan.
Tapi tak mengapa, aku menganggapnya sebagai sedikit komplikasi keadaan aku ketika itu. Tiada yang perlu dikesalkan kerana mendapat sebanyak ini adalah lebih baik dari tiada apa-apa, bukan?
Jadi selepas ini, aku akan bekerja keras untuk menjadi 'Top 5'.

Aku juga gembira kerana mak dan abah turut gembira.
Abah cakap 'kalau berjaya,kakak juga yang akan bangga nanti, abah menumpang saja. Lepaslah bagi kakak.'
Mak pula kata 'mak dengan abah pun berhak berbangga juga. Kita dah berkorban banyak benda untuk kak berjaya.'
Bagi aku, kejayaan aku adalah hasil usaha mak,abah,cikgu,dan sahabat yang membantu aku. Tak akan kulupakan jasa itu.
Apa-apa pun, aku dah dapat ganjaran untuk itu dan juga kerja 'part time' yang kubuat semasa cuti hari tu.
Lumayan!!!
Yang membahagiakan aku ialah aku dah buktikan yang aku tidak layak dipandang rendah dan hina.
Aku juga berharap yang aku telah membanggakan Allah di atas kejayaan aku yang secarik kain ini. Sebagai hamba-Nya, aku bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana telah banyak membantu aku ketika aku sedang menghadapi musibah. Terima kasih Tuhanku!!!

Tapi aku sedikit takut kerana terlalu yakin.
Janganlah pula nanti keputusan itu tertukar ya.
Tak apa, yakin kepada Allah.

Aku berharap secarik kejayaan ini dapat membuka tirai masa depan yang lebih baik buat aku.
Aku berharap dapat mengubah kehidupan keluarga kepada yang terbaik.
Aku berharap dapat menghentikan semua kekecohan keluarga yang tidak masuk akal.
Aku nak gantikan balik semua kesakitan penderitaan, kehilangan yang telah kami lalui.
Aku tahu bukan mudah tetapi usaha tangga kejayaan bukan?
Insyallah...

Sempat juga aku bercerita tentang perihal pengajian tinggi dengan mak dan abah.
Aku menyuarakan pendapat aku mengenai Universiti Pertahanan.
Kerana ia berorientasikan disiplin dan ketenteraan, aku sedikit tertarik dengannya.
Mak cakap syarat kemasukannya sedikit tinggi dan perlu mengharungi latihan ketenteraan selama 6 bulan.
Aku teringin kerana aku berharap satu hari nanti, aku boleh berdiri dan memegang senjata yang boleh mempertahankan orang yang aku sayangi.
Aku juga mementingkan disiplin kerana dari aku kecil aku telah dididik dengan tegas.
Bukan semua kemahuanku dituruti. Oleh karana itu, aku telah berusaha sendiri untuk mendapakan sesuatu.
Oleh itu, sebelum aku mengakhiri zaman menengah aku, aku akan mengecap kejayaan tertinggi diri aku agar mak,abah dan cikgu amat berbangga denganku dan aku juga dapat melafazkan Alhamdulillah dengan sangat gembira.

Insyaallah...

←newer post
older post→