The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Tak mungkin!!
Tuesday, June 21, 2011
"One method of preventing worries from keeping you awake is to keep a journal before going to bed. List all issues that worry you. By this method, you transfer your worries from your thoughts to paper. This leaves your mind quieter and more ready to sleep."


-on 'How to prevent insomnia'


Aku tak mungkin akan memaafkan sesiapa sahaja yang telah membaca catatan diari aku.
Tak akan mungkin aku maafkan dia sekiranya dia masih bertegas yang dia masih betul kerana membacanya.
Mungkin dia berfikir yang dia telah menemui kebenaran tetapi diari aku bukan sebuah novel.
Seronok membaca diari aku? Dapat sebarang maklumat?
Jika anda berasa sakit hati atau berdendam, jangan sesekali menyalahi aku kerana  aku telah memberi amaran agar tidak sesekali menyelak diari aku tanpa kebenaran.
Lebih penting membaca catatan dari bertanya kepada aku sendiri?
Anda telah salah menilai aku.
Aku tak akan menjelaskan apa yang tersirat di sebalik catatan aku, biarlah anda hidup dengan fahaman anda dan
aku mempunya alasan aku sendiri tanpa perlu menjelaskan kepada anda.
Anda tidak pernah mengetahui masalah aku jadi jangan berlagak yang anda boleh menghakimi segalanya.
Aku tak akan pernah memaafkan kesalahan anda selagi anda tidak mengakuinya.
Anda telah memandang rendah dan tidak menghormati hak aku sebagai seorang manusia.
Aku belum pernah membaca catatan orang lain tanpa kebenaran mereka walaupun aku seorang yang 'busuk hati'.
Tidak cukup dengan mengabaikan aku, anda ingin mengkhianati aku pula?
Cukup-cukuplah.
Ingat, aku tak akan pernah memaafkan anda dalam hal ini.
Hiduplah dalam tanggapan anda namun aku tetap aku, yang bersalah tetap bersalah, yang meminta berhak diberi kemaafan.

←newer post
older post→