The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
JANGAN KALAH SEBELUM BERUSAHA
Saturday, July 2, 2011
Banyak peristiwa yang berlaku hari ini.
Pertamanya selamat hari lahir ke-17 kepada Nurfatin Che Zull. Semoga hidup sentiasa dirahmati.
Hari juga berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan SMKSA ke-54.
Walaupun padang dah jadi bendang sebab hujan, tapi kami masih meneruskan acara.
Macam-macam bau ada tapi tahan jelah. Sebab semangat hilang semua penat.
Hari ni pun sekolah turut menganjurkan larian 1 Pelajar, 1 Sukan ,1 Malaysia.
Bagi pelajar SPM, anda perlu memberi perhatian kepada perkara ini kerana mungkin menjadi soalan dalam peperiksaan nanti.

Semalam, penghuni asrama menghadiri sebuah makan malam dan terjadi satu insiden yang tidak disengajakan.
Tapi bagi aku, itu adalah sebenarnya satu kecuaian.
Dan itu telah membuatkan aku makan hati seorang diri. Sekarang dah okey sedikit. Mungkin.
Sebelum menaiki bas, aku sempat mendengar pendapat sahabat mengenai sahabat yang lain.
Mereka mengatakan yang sahabat yang lain bersifat jual ikan='selfish'.
Kerana mereka sentiasa ingin didahulukan di dalam setiap perkara?
Persahabatan selama 5 tahun tidak langsung memberi apa-apa makna?
Masing-masing masih belum mengenal hati budi sahabat sendiri lagi.

'Selfish' atau penting diri bukan sekadar ingin didahulukan. Jika anda berfikir begitu, ternyata anda telah salah.
Sebagai contoh, anda tidur dengan sengaja semasa guru mengajar. Sama ada anda bosan atau telah belajar tajuk itu, anda sendiri yang menentukan. 
Tetapi anda sedar atau tidak, yang itu adalah perbuatan yang mementingkan diri?
Anda sentiasa mahu orang lain memahami anda, tetapi anda tidak pernah belajar memahami mereka, bukankah itu satu perbuatan mementingkan diri?
Anda meninggalkan sahabat anda keseorangan untuk bersama dengan sahabat yang lain, adakah itu penting diri?
Ya, jawapannya sentiasa ya. 

Anda mungkin beralasan yang itu memang fitrah manusia, tidak menyedari kesalahan diri.
Tidak pernah belajar dari kesalahan, anda sebenarnya sedang melindungi kesalahan diri sendiri.
Jika anda tiada azam untuk berubah, tidak mahu berfikir sebelum bertindak, anda sebenarnya telah sedikit sebanyak menjatuhkan air muka.
Saya sendiri sentiasa mengingatkan diri supaya tidak mengulangi kesalahan sendiri, jangan sampai orang lain menegur, jatuh maruah nanti.
Kita jangan senang mencirikan orang lain sebagai mementingkan diri selagi kita turut mementingkan diri.
Jangan senang mengata orang lain sebelum kita sendiri berada di dalam kasut mereka.
Allah mencipta manusia berlainan cara supaya mereka belajar mengenali satu sama lain, bukan menindas.
Tapi manusia tidak pernah akur dengan perintah-Nya, dan manusia yang ditindas, sentiasa hidup dengan kepala menghala ke bawah.

Jika satu kelompk manusia hidup bersama, dalam erti kata, satu geng, maka semua perbuatan atau cara atau ideologi hidup mereka adalah sama. Yang membezakan hanyalah cara mereka.
Tidak faham? Baiklah.
Sebagai contoh, 1 geng sahabat mempunyai 5 orang ahli, mungkin seorang daripada mereka peramah, seorang lagi bijaksana, seorang lagi sentiasa ingin melakukan kebaikan dan seorang lagi seorang yang alim. Namun pada hakikatnya, mereka semua seorang yang amat mementingkan diri kerana telah meninggalkan orang kelima, seorang pendiam. Hanya kerana dia diam, tidak semestinya dia seorang yang tabah.
Jangan anda menyalahkan orang kelima kerana tidak mahu menjadi orang yang mementingkan diri seperti empat orang tadi, kerana dia telah memilih untuk menjadi seorang yang bukan begitu.
Tetapi jika anda salah seorang yang empat itu, adakah anda akan sedar yang anda seorang yang mementingkan diri?Sudah tentu tidak dan anda tentu akan menyalahkan yang kelima, yang ditinggalkan.
Mengapa dia bermuka masam, tidak mahu langsung bercakap dengan kita? 
Tepuk dada tanya iman.
Jika anda marah atau kecewa, tentu juga orang lain.
Jangan mengharap orang lain memahami anda, anda juga perlu bertanya.

Sebelum ini, aku sempat membaca keratan akhbar.
Perhimpunan haram, komunis? di Malaysia? Menjatuhkan kerajaan?
Ya Allah, perlukah semua itu?
Aku hampir menitiskan air mata hanya dengan membaca tajuk besar berita itu, belum lagi isinya yang tak sanggup aku tatap.
Kepada orang yang berkeinginan untuk mengadakan perhimpunan haram berorientasikan ajaran komunis atau apa-apa anasir luar atau ingin menjatuhkan kerajaan, diharap anda selak semula buku sejarah atau kaji semula fahaman politik anda.
Aku memang seorang yang dungu mengenai politik kerana aku tidak pernah berminat dengan politik.
Tetapi ini sudah melampau.
Allah memberi negara Malaysia ini kepada manusia kerana mahu kita mentadbirnya menjadi sebuah negara Islam yang utuh, bukan milik kita selamanya untuk kita berperang merebutnya.
Wahai pemimpin-pemimpin, perlukah anda berperang untuk mendapatkan tampuk pemerintahan Malaysia?
Mengapa anda tidak berkerjasama sahaja?
Kerana fahaman,ideologi anda berlainan? Lain cara, lain perwatakan?
Tetapi anda telah menetap di dalam stau negara, mengapa tidak bangunkan sahaja negara?
Apa gunanya Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dan menjadikannya satu negara Islam yang kuat?
Menghasilkan perlembagaan bertulis pertama di dunia?
Anda tidak belajar sesuatu dari peristiwa itu?
Mengapa Madinah boleh menjadi negara Islam yang kuat?
Ya, anda tahu jawapannya.
Kerana pemimpin berwibawa dan kerana wahyu Allah.
Anda kajilah sendiri sejarah.

Bagi yang ingin mengembalikan ideolagi komunis, duduk sejenak dan berfikir.
Komunis? Apakah itu?
Apa yang pernaah mereka lakukan dahulu sebelum merdeka?
Berapa banyak nyawa nenek moyang, pahlawan kita yang telah mereka ragut?
Berapa tan penderitaan yang kita, rakyat Malaysia tanggung kerana komunis?
Jika pahlawan zaman dulu masih hidup, mereka tentu amat kecewa kerana usaha, nyawa mereka telah disia-siakan.
Kemerdekaan bukan diperoleh dengan hanya menandatangani perjanjian, tetapi seksa disenaliknya siapa yang tahu?
Dengan senang anda ingin menjualnya dengan harga serendah itu?
Jika saya, hanya rela ditembak mati dari menjual maruah negara sendiri.
Ini negara kita, milik kita, kuasa kita.
Mungkin anda ingin merasai peperangan seperti di negara lain, baru anda tahu apa itu sebenarnya politik, apa itu kebebasan, apa itu keamanan.
Tapi kita sudah mengecapi semua itu, kenapa mahu musnahkannya!?
Kita hanya perlu memeliharanya.
Kemerdekaan bukan sesuatu yang boleh dipulihara. 
Sekali rosak, tiada ganti.

Aku menulis ini sebagai peringatan kepada aku dan juga anda.
Bukan untuk menyalahkan sesiapa pun.
Aku tak akan memohon maaf kerana manusia perlu disedarkan.
Mengapa kita perlu memohon maaf untuk kesalahan yang tidak kita lakukan?


←newer post
older post→