The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Banyak Hari...Tak Tulis...
Monday, September 26, 2011
Dh lama tak mencoret kan?
Dah tentu dah banyak benda jadi.

Antaranya result Trials peringkat sekolah dah keluar!!!!
Dan aku berjaya menempatkan diri dalam kalangan 47 orang yang menjadi calon Straight A dengan gred purata kurang dari 3.0. and 1A+, 4A,2A-................... heeeee... Alhamdulillah...
Amin...amin...amin...Insyaallah...
Aku berjaya jgak menjadi seorang Melayu Muslim di antara bukan Melayu yang bukan Islam di sekolah.
Bukan nak bangga tapi tu lah bayaran untuk usaha aku setimpal dengan apa yang aku korban.
Bila Pengetua umum nama, aku dengan terkejutnya bangun...Betul ke ni???
Betul...Alhamdulillah...kuasa Allah kan...
Minta-minta bila SPM betul ni dapat straight A+. Amin...

Dan hari ini...
Teacher Amanah menjadi orang pertama yang memuji aku dan nama aku.
Orang pertama...yang membuatkan hati aku terharu dan tersedu...
Bila kami sembang-sembang, Teacher cakap sebenarnya nama kita mengambarkan kita.
Dia cakap Syuhada, nama kamu maksud apa?...sebab aku duduk depan...
Aku senyap je la...sebab aku pun tak sure...heheheh nama sendiri pun tak tau...
Then Chah said Syuhada, orang yang mati syahid di medan perang.
Then Teacher sambung, YES!!!Orang yang mati berjuang kan?
Saya dapat lihat dia pun macam tu.
Dia dapat markah teruk then senyap-senyap dia improve then dapat apa yang dia target.
Then dia dapat apa yang dia nak macam sekarang. Seorang yang sistematik dan berstrategi.
Saya tak salah kan Syuhada?
Tuhan ja la yang tahu apa aku rasa masa tu.
Bangga gila dengan nama aku.
Aku pun senyum je la dalam kesejukkan  pagi hari hujan.
Terima kasih Teacher sebab percaya dekat saya.
Terima kasih cikgu...Terima kasih...

Tapi aku menghadapi masalah sekarang.
Iaitu memilih course untuk sambung belajar.
Aduhhhhh...macam mana ni?
Aku ni minat semua benda...
Sampai tak tau nak pilih apa...
Dah la semakin malas ni...SPM dlm sekelip mata ja lagi.
Ya Allah, bukakan hati aku untuk rahmat-Mu yang terbaik. Amin.

←newer post
older post→