The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
terKEJUTTTTT.....
Tuesday, September 20, 2011
Tadi selepas kelas Fizik, aku balik ke asrama.
Hari ini balik awal sebab cikgu-cikgu ada LDP...hehe
Dah sampai,aku duduk la dalam studyroom sambil duk dengar plan kawan-kawan aku.
Aku wat tak tau je lah.
Then diorang ajak aku ikut sekali.
Rupa-rupanya pergi joging...ingatkan 'fly'...
Aku pun siap-siaplah...5.30 kami start.

Semput memang sah-sah la...dah bertahun-tahun tak buat aktiviti ni.
Asyik mengadap komputer 24/7.
Bila dah sampai ke garisan penamat, tiba-tiba ja something wrong dengan hidung aku.
Macam tersedut air masa berenang.
Penat, lelah, semua rasa masa tu.

Aku ingat lagi masa aku demam teruk last year.
Doc tu cakap aku ni ada lelah ke?
aku jawab la tak dah aku x ada...
tapi tadi...dah makin teruk dah...
naik takut aku sebab lepas dah sampai and jalan pelan-pelan 10 min,
penat aku still x hilang, makin teruk adala.

Naik atas, baring atas katil.
Rasa macam nak mati ja.
Then tertido sampai waktu makan, Wani gerak bangun.
X nak makan.

Seriously aku ingat dah mati.
Bila terjaga, baru aku tau yang aku dah terhutang nyawa dengan Tuhan.
Lepas ni kena berjaga-jaga.
Sebab sepupu aku baru meninggal minggu lepas pun sebab asma.
Takut sebab family aku ni memang yang ada penyakit tu.

Insyaallah...
Alhamdulillah aku masih bernafas sekarang walaupun ada sikit sisa-sisa tu.
Innalillahiwainna Ilaihiro'ji'un.

←newer post
older post→