The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Tic Toc Tic Toc Tic Toc....
Saturday, December 31, 2011
hari ni hari apa???
31 ....Disember...2011.....
Kejap ja dah 1 tahun habis...
Mesti bnyak memori manis pahit yang telah dicipta.
Apa kata amik sedikit masa dan buat analisa dan ringkasan tentang aktiviti tahun ni.
Sambil tu dengar lagu yang paling banyak beri kenangan kepada kita.
Yang manis tu tentu buat kita tersenyum tapi yang pahit jangan kita menangis menyesal.
Aku pun nangis jugak bila teringat balik semua benda yang aku buat, yang terjadi kepada aku, yang aku sendiri gagal.
Bersyukur yang kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Tuhan, merasai kasih sayang manusia di muka bumi dengan rahamt-Nya. Jangan sesekali lupa tu walaupun kita bukan seorang yang kuat agama. Sekurangnya masih ada pegangan dalam hati kita.
Kepada yang telah kehilangan orang atau haiwan yang disayangi, jangan bersedih. Sekurangnya orang yang dah pergi tu dah selamat berada bersama Tuhannya walaupun kita tak tahu keadaannya. Yang perlu dirisaukan ialah kita yang sedang merangkak berperang dalam dunia yang sementara.
Jangan pernah kata dunia tidak adil hanya kerana apa yang kita nak tidak tercapai.
Ingat, kalau kita gembira, ada lagi yang lebih gembira daripada kita.
Kalau kita sedih, ada lagi yang lebih sedih daripada kita.
Kalau kita kaya, ada lagi yang lebih kaya daripada kita.
Kalau kita susah, ada lagi yang lebih susah daripada kita.
Kalau kita pandai, ada lagi yang lebih pandai daripada kita.
Kalau kita bodoh, ada lagi yang lebih bodoh daripada kita.
Dan seterusnya........................................
Kita dah dapat lebih dari yang sepatutnya kan? Bersyukurlah dengan keadaan kita sekarang.

Apa-apa pun berpeganglah pada sesuatu yang kita rasa betul dan tidak akan menyusahkan kita satu hari nanti.
Kawan, carilah sebanyak mana yang kita nak.
Seorang yang baik akan cuba menukar keburukan seseorang kepada kebaikan.
Orang yang lebih baik ialah orang yang mencari kebaikan dalam keburukan seseorang.
Cinta, biarlah dia datang mencari kita.
Tu kerja Tuhan, kuasa kita.
Biarlah orang lain mencintai kita lebih daripada kita mencintai dia, insyaallah bahagia.
Belajar, walaupun hingga ke negeri China.
Ilmu kita ibarat setitik air laut sedangkan ilmu Allah seluas lautan.
Cari dan belajar semua benda, suka tak suka kena juga.
Bukan sekadar mengenai adat kita sahaja, tetapi belajar tentang kaum lain juga. Tak rugi.
Yang paling penting, belajar mengenal diri sendiri.

Macam mana dengan azam tahun ni? Tercapai?
Aku? Hmmmmmmmmm.....separuh kot tercapai.
Apa-apa pun, ingat, kita merancang, Tuhan tentukan.
Jadi, selamat berjuang dan berjaya untuk tahun 2012.
Mungkin perjalanan tu perit, tetapi pastikan kita membuang halangan dalam perjalanan dengan cerdik.
Jangan terburu-buru, masih ada orang lain di sisi kita.
Belajarlah dari semua benda yang terjadi kepada kita atau di sekeliling kita.
Aku mengingatkan diri aku dan semua orang supaya bersabar dan memandang jauh ke depan.
All is well. Nothing's over.


←newer post
older post→