The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Let's Play 10 Things-1st Thing
Saturday, February 25, 2012
Masa tengah check bookmark manager,terjumpa blog Kak Farahin.
Nak try jugak benda ni....

10 Things about myself.


1. My name is Nur Syuhada. The meaning behind it is "seseorang yang mati syahid di medan perang". Mendalam maksudnya, seorang yang berani dan tegas. Aku suka nama ni sebab mak n abah yang bagi.

2. Aku anak sulung dalam famili, yang memikul beban yang agak berat tapi aku ada sorang ja adik. So,famili aku kecil je.

3. Aku sayang mak n ayah n adik aku lebih dari semua benda dalam dunia ni kecuali Allah n Rasulullah. Jadi aku takkan buat benda yang aku rasa mak n ayah aku sedih sebab setiap kali aku nak buat, aku mesti nampak semua benda yang mak n ayah aku dah buat untuk aku, selama aku hidup ni.

4. Aku tak suka orang panggil aku bukan dengan nama aku, mcm Syud, Syuha,Syu, apa2 lagi la. Nama aku Nur Syuhada, so panggil la aku dengan nama aku. Sebab aku panggil orang lain dengan nama betul diorang.

5. Aku suka makan makanan yang pedas. Kalau x pedas, x cukup uhmm. Tapi klu x da juga, aku makan ja apa yang ada. Tu kan rezeki Tuhan bagi.

6. Aku tak suka mambazir dan orang yang membazir. Tak baik tau. Rezeki Allah bagi,cukup2 untuk kita tapi kita bazirkan pula. X bersyukur. Bayangkan klu kita ditimpakan musibah, x da makanan,x da duit, x da baju. Masa tu baru nak berdoa lah, sembahyang hajat la, minta kat Allah.

7. Aku suka suasana yang cerah, aman, sunyi. Aku ni jenis sentimental. Mungkin nampak keras, kasar pada luaran, tapi dalaman aku lembut je. Tengok cerita kartun sedih pun, aku nangis (dalam diam2 la).

8. Aku harap orang akan hormat aku macam aku hormat orang lain. X ada orang kutuk, buat benda2 yang aku x pernah buat pun dekat diorang. Jangan kacau aku dan jangan sakiti hati aku, fikir la apa yang patut n x patut. Dan kucing. Aku sayang kucing. Dan haiwan2 lain. Diorang x bersalah, so jgnlah sepak diorang. Kalau x suka pun, biarlah diorang hidup selesa dan aman.

9. Buku dan muzik. Dunia yang aku cipta untuk aku teruskan hidup aku disamping memohon rahmat Tuhanku. Aku harap aku boleh baca semua jenis buku dan tahu semua benda dalam dunia ni walaupun aku takkan dapat mengetahui semua ilmu Allah yang maha banyak tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk belajar. Aku nak capai cita-cita aku yang overly tinggi.

10. Aku tak suka berada dalam situasi yang 'crowd'. X suka cakap bebanyak tapi aku ambil berat hal ehwal orang lain tanpa pelu orang tu tahu. Aku bukannya jenis yang kejam cuma jangan sampai aku benci ja. Tapi nanti aku mesti akan menyesal sebab bencikan orang.
Banyak lagi sebenarnya, tapi dia nak 10 ja. Aku bagi yang important ja.Hehahahahaha....

Labels:


←newer post
older post→