The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
Langit Ilahi,Motivasi,Palestin,Allah
Thursday, March 1, 2012

Ini buku Langit Ilahi, buku yang aku sedang baca, yang kekadang buat hati aku bergetar, otak ligat berfikir, mata berair.
Nak tahu kenapa?
Ia buat buat aku sedar, sesedarnya, sedalam-dalam sedar, mengheret aku ke realiti.
Aku tak tipu, bebanyak buku ilmiah dan motivasi aku baca, yang ni memang paling mudah difahami, paling senang diikuti.
Cuba-cubalah kita semua baca, tak sikit, baca banyak, tak banyak baca sikit-sikit.
Cuba-cubalah...Insyaallah...


Ni versi 2 punya. Tak sempat nak pergi cari lagi.
Tapi insyaallah akan jumpa nanti.
Aku tak nak ketinggalan dalam dunia tak bertepi.
Sekurang-kurangnya ada juga sesuatu yang boleh ingatkan aku tentang dunia akhirat.
 Dua-dua ditulis oleh Hilal Asyraf, orang yang sebaik namanya. Terima kasih.

2 minggu lepas, aku menghadirkan diri ke Masjid Jamek Bahau, rumah Allah yang istimewa.
Apa aku dapat?
Kesedaran....
Sedar yang sepatutnya dah lama aku sedar.
Hasil teori ilmu Ateh yang tegas dengan apa itu manusia kepada Tuhannya.
Ada yang tak dapat apa-apa. Terserahlah. Rugi.
Kalau Allah izinkan, aku akan postkan intipati program dan apa yang dapat aku ringkaskan.
Waktu LDK, aku belajar sesuatu lagi.
Belajar dari sahabat kolej sendiri, Kolej Komuniti dan pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki SPM 
Sesuatu tentang cita-cita dan cinta.
Kenapa takut menyatakan cita-cita kita?
Walau setinggi langit pun, itu impian kita.
Mana tahu boleh menjadi kenyataan.
Jangan takut meletakkan cita-cita di tempat tertinggi.
Bagi aku, aku nak jadi sesuatu yang orang fikir mustahil.
Tak mustahil, takkan jika dengan izin Allah.
Risiko?
Makan dan tidur pun berisiko tercekik ataupun lumpuh.
Takut?
Allah tidak pernah tinggalkan kita, kita sahaja yang selalu lupa pada-Nya.
Betul?
Salah?
Apa yang kita buat untuk dia?
Taubat?
Berapa kali?
1?2?3?
Wahai sahabat sekalian, tak cukup sekadar 3.
Kemajuan Umat Islam berada pada bahu umat sendiri.
Allah takkan membantu sesuatu kaum sekiranya meraka tidak membantu diri sendiri.
Cinta?
Berapa ramai yang suka guru-gurunya selepas ibu, bapa dan adik-beradik?
Ketika itu, hanya aku seorang dari beberapa belas orang.
Perlukah aku malu?
Tak, aku bangga!!!!
Cikgu, merupakan ibu bapa aku juga.
Manusia yang mengajar kita kehidupan.
"Hikmah orang tua berada dalam semangat orang muda"
Dipetik dari Langit Ilahi.
Sayangilah guru anda.
Berkat ilmu.
Jangan takut.


Sesi malam, aku ditambah lagi dengan satu pemahaman yang masih sedikit yang faham.
Satu ilmu bukan sekadar info, tetapi kebenaran bagi aku disampaikan oleh Dr. Zainur Rashid
Yang paling aku tersentuh sekali ialah...
Cita-cita anak kecil ingin menjadi syuhada...penghuni syurga yang indah.
Syahid menegakkan negaranya, keamanannya, kebebasannya.
Aku?
Sekadar nama.
Apa aku rasa ialah malu, malu kepada anak kecil belasan tahun itu,
Yang dengan lantang ingin menjadi syuhada.
Penceramah telah memutarkan sejarah Palestin termasuklah segala bukti di dalam Al-Quran
Aku ingat sudah cukup kefahaman aku mengenai Masjid Al-Aqsa tetapi aku salah.
Aku cuma tahu tentang pahlawan Salahudin Al-Ayyubi
Tapi Dr. Zainur Rashid tahu lagi banyak, membuatkan aku gelisah untuk terus mengetahui.
Ilmu...
Tak pernah ada benda yang paling mengenyangkan selain ilmu Allah.
Semoga cita-cita anak kecil itu menjadi nyata.
Dan aku juga ingin menjadi seperti dia, bukan mati di medan perang tetapi mati sebagai syuhada, menegakkan ilmu Allah yang maha banyak.
Amin.


Kalau ada yang meminta derma untuk Palestin, Dermalah.
RM 1 anda bersamaan dengan 1000 nikmat untuk mereka.
Bersyukur kita masih dapat merasa aman, makan bersama keluarga.
Bersyukur, wahai manusia yang mulia, semulia-mulia makhluk Allah.


Kita hanya hamba yang hina.
Tapi kita berlagak sombong, terpedaya dengan dunia yang dicipta oleh-Nya.
Siapa kita?
Tiada siapa.
Matinya kita, kembali kepada-Nya jua.
Siapa kita?
Tiada siapa.
Habis duit belanja, kita miskin juga.
Siapa kita?
Tiada siapa.
Hilang kudrat, bergerak pun tiada.
Siapa kita?
Tiada siapa.
Hanya kepada Allah aku berserah, hanya kepada Allah aku menyembah.
Amin.


←newer post
older post→