The songs from a person called human.

p/s: No matter how gifted you are, not everyone is gonna like you.
BERSIH...bersih la sangat...
Saturday, April 28, 2012
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.


Memetik kepada ucapan di atas, saya ingin meyimpilkan di sini bahawa pihak kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk membendung keganasan. TITIK.


Apa beza BERSIH dan KERAJAAN?
Kenapa kerajaan dan DATUK BANDAR berkuasa memberi amaran di atas?
BERSIH hanyalah sebuah organisasi, kerajaan adalah pemerintah yang ada KUASA.

Kenkadang terfikir la juga. Apa lagi yang rakyat mahu dari kerajaan?
Mahu tukar pemimpin? Mahu gaji naik? Mahu minyak turun? Mahu belajar free?
Kalau nak tukar pemimpin, gunalah saluran pilihan raya.
Kalau rasa SPR tak adil, berhenti kerja sekarang, mntak kerja dekat SPR.
Mahu gaji naik, kerjalah bersungguh-sungguh bagi naik pangkat.
Mahu minyak turun, gali telaga minyak sendiri.
Mahu belajar free, belajarlah bagi pandai-pandai. Kalau setakat 5A tak payah nak kecoh la kalau tak dapat biasiswa sebab yang dapat 10A pun belum tentu terjamin.

Bila tengok BERSIH 3.0, majoritinya adalah MELAYU.
MELAYU...TAHU APA TU?? MELAYU...
DAH SEMAKIN LAYU.
Bangsa Lain gelak saja kerana kebodohan kita.

Orang perbodohkan kita dengan propaganda. KITA PERCAYA.
Tahu tak agenda BERSIH sebenarnya?
Bukan nak keadilan dalam pentadbiran tapi
PERPECAHAN KAUM DI MALAYSIA!!!

Malaysia dimerdekakan denga syarat pertama ditepati.
PERPADUAN KAUM.
Takkan kita tak tahu langsung tentang sejarah.
BERSIH bagi aku ibarat peristiwa 13 Mei...peristiwa berdarah...

Kita rakyat Malaysia, suka macam tu?
Kuasa asing mengintai saja peluang nak baham Malaysia.
Kita ni masih leka dengan politik dalam yang langsung TAK BERFAEDAH.
Anak remaja sekarang dah nak rosak oleh entiti asing yang dihantar oleh orang luar yang kita anggap sahabat.
Orang dewasa pulak seronok dengan mengaut kuasa.
Maaflah, tapi aku akan salahkan korang kalau kemerdekaan, KEBEBASAN kita selama ini dirampas dari kita kerana KETAMAKAN kita sendiri.




←newer post
older post→